Sabtu, 11 April 2009

Lama menghilang.......

Dah lama rasa ye sia urang ndak update my blog.......
terlalu sibuk or bz dgn pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh library.......
dari pameran buku seluruh ipta & pembekal, perasmian 1-MegaLab & pameran revolusi IT ke aktiviti jom senam........terlalu letih sangat badan sampai tidur pun tak berapa lama kerna waktu malam pula ada aktiviti bersama member main futsal dan memancing.......huhuhuhu

Ahad, 15 Februari 2009

Hari Valentine Day's

Antara Hadiah-hadiah Yang Ku Terima

Pada 14 februari 2009 (Sabtu),

Merupakan hari kekasih (Valentine Day's) dah tentu ramai yang meraihkan bersama pasangan masing2 tak kira tua lebih2 lagi yang muda.......pada waktu 2 saya terpaksa bekerja pula.....huhuhuhu tetapi nak buat macam mana dah tugas.....tetapi yang best ye banyak juga hadiah yang saya dapat kelmarin daripada student2.......hehehehehe bahkan daripada awek2 yang mengenali diriku ini.......wahhhhhhhh (Best ye) biasalah ramai peminatlah katakan......huakakakaka (ketawa jajal)

Terima Kasih pada semua yang telah memberikan hadiah padaku.......
Saya menyayangi korang semua.......HUakakakakaka (temaha Awek)

Hari Keluarga PUMS

Sebelum Aktiviti bemula
Sebelum Balik
Time Makan Malam (Dinner)

Dah lama rasa ye saya tak update blog saya ni......

Di sini saya ingin berkongsi bersama cerita berkaitan dgn hari keluarga perpustakaan yang telah dibuat baru-baru ni iaitu pada 31 januari 2009 hingga 01 februari 2009. Pada hari tersebut telah dibuat di beringgis beach resort, papar. Yang best ye orang lain kena berkongsi bilik tetapi saya pula dapat bilik sorang2 aje.......hehehehehe kalau dah sorang2 kat bilik 2 biasalah ajak awek yang bekerja sama tumpang sebiliklah.......huakakakaka (ketawa setan). Macam-macam aktiviti yang telah diadakan pada masa 2. Antara aktiviti yang saya ikut adalah seperti dew games, boling kelapa dan tarik tali. Mahu aje lenguh kaki saya selepas tarik tali......dapat juga no.2 dan paling hadapan sekali.......selepas aje selesai aktiviti pada petang 2 terus terjun kolam renang.......keesokkan hari ye pula adalah tarian poco-poco pula......huhuhuhu

Isnin, 19 Januari 2009

Malam Anugerah Juara Lagu ke-23


Gambar-gambar pemenang-pemenang di anugerah juara lagu ke-23

Semalam berlangsung ye Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL ke-23) dan walaupun stacy tak memenangi satu pun trofi pada malam juara lagu 2 saya tetap berbangga kerana persembahan yang dilakukan oleh stacy amat menghiburkan dan cukup memuaskan hati saya sebagai salah seorang peminat setia stacy.......bagi saya stacy tetap juara pada malam tersebut.....

senarai para pemenang AJL Ke-23 :-

  1. Faizal Tahir - Sampai Syurga (Juara Balada, Vokal Terbaik & Persembahan Terbaik) 3 anugerah
  2. Farawahida - Persoalan Cinta (Juara Etnik Kreatif) 1 anugerah
  3. Meet Uncle Hussien - Lagu Untuk Mu (Juara Pop Rock & Juara Lagu Ke-23) 2 anugerah


Sabtu, 17 Januari 2009

Penggunaan Envo Diesel Ester (EDE B5) dilancar



Dipetik daripada berita harian (Sabtu, 17 Januari 2009/20 Muharam 1430)

Oleh Che Johari Mamat


KUALA LUMPUR: Penggunaan mandatori bahan api bio Envo Diesel Ester (EDE) B5 dilancar secara rasmi dalam negara bermula dengan kenderaan agensi kerajaan berenjin diesel dan akan berkuat kuasa Februari 2009.

Pelancarannya disempurnakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui di sini baru-baru ini bagi penggunaan kenderaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Datuk Bandar Kuala Lumpur yang diwakili Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran), Datin Normah Malik selaku tuan rumah majlis pelancaran itu.

Datuk Peter Chin berkata, pelaksanaan penggunaan bahan api bio EDE B5 itu akan dilakukan secara berperingkat bermula dengan kenderaan milik jabatan Persekutuan, negeri dan seterusnya diikuti oleh kenderaan sektor pengangkutan dan industri.

“Pelaksanaan sepenuhnya dijadualkan pada 2010,” katanya.

“Ia juga sejajar dengan komitmen kerajaan ke arah pelaksanaan Dasar Bio Bahan Api Negara yang dilancarkan oleh kerajaan pada 21 Mac 2006 lalu bagi mengeluar dan menggunakan bahan api bio dalam negara dan pada masa yang sama untuk tujuan eksport.” katanya

MPOB mula melaksanakan kajian teknikal adunan biodiesel dengan petroleum diesel dengan pihak swasta sejak tahun 1980-an. Berdasarkan kesesuaian penggunaannya, Kerajaan bersetuju adunan itu dijadikan sebagai satu strategi teras pelaksanaan Dasar Bio Bahan Api Negara.

Beliau berkata, penggunaan minyak sawit sebagai bahan bakar alternatif kepada petroleum akan meningkatkan penggunaan komoditi itu dan meningkat nilai tambah sekali gus berupaya menjana pendapatan.

Pengeluaran bahan api bio untuk eksport pula akan merangsang permintaan ke atas minyak sawit dan berupaya menyumbang kepada peningkatan harga ke paras yang lebih tinggi.

Penggunaan bahan api ini juga akan mengurangkan penggantungan kepada petroleum dan berupaya mengurangkan pelepasan karbon dioksida.

“Langkah ini membuktikan kepada masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia komited terhadap kesejahteraan alam sekitar terutama bagi mengurangkan kesan pemanasan global akibat dari pelepasan gas rumah hijau itu,” katanya.

Sempena pelancaran itu, Datuk Peter Chin Fah Kui bersama Datuk Seri Zulhasnan mengisi minyak EDE B5 ke dalam kenderaan diesel DBKL, JKR, Selangor dan ATM dengan disertai Pengerusi MPOB, Dato’ Sabri Ahmad dan Ketua Pengarah MPOB, Dato’ Dr Mohd Basri Wahid.

Jumaat, 16 Januari 2009

Ilmu Sihir Dalam Masyarakat Melayu

Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.Untuk pengetahuan semua , artikel ini bukan untuk merendah-rendahkan orang kita cuma untuk mendedahkan sedikit sisi hitam pengaruh ilmu sihir dan amalan khurafat yang masih diamalkan oleh orang melayu dinegara kita.

Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-

  • Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
  • Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
  • Polong : Bagi menghisap darah mangsa
  • Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.

Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.

JENIS-JENIS SIHIR

PATUNG

Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

SANTAU

Ilmu hitam ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir

TELUR LAYANG

Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

TANGKAL dan AZIMAT

Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za’faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG

Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Pokok Kannibal Makan Manusia

Pada 1878, seorang pengembara Jerman yang melawat Madagascar iaitu Carl Liche, sempat menyaksikan satu upacara menyeramkan yang dilakukan satu daripada puak Orang Asli di wilayah itu. Pengembara itu menyaksikan puak Mkodo menangkap seorang daripada anak gadis kumpulan mereka dan menyerahkan kepada pokok gergasi yang aneh untuk dijadikan korban!

Dia melihat bagaimana ahli kumpulan itu mengelilingi gadis terbabit sambil menujah lembing tajam ke arahnya dengan niat memaksa wanita malang itu memanjat tumbuhan gergasi berkenaan.Tidak seperti tumbuhan biasa, pohon aneh yang menyerupai pokok nanas gergasi itu kelihatan menyeramkan dengan bahagian jambul di atasnya dipenuhi jalur hijau seakan sesungut sotong kurita yang mengelilingi takungan berisi cecair tertentu.

Apabila gadis itu sampai di bahagian atas tumbuhan berkenaan, dia dengan berat hati dipaksa meminum cecair yang bertakung di atas pohon berkenaan.Serentak itu, dengan tiba-tiba tumbuhan berkenaan kelihatan hidup dan bergerak-gerak.Sesungut hijaunya dengan rakus membelit jasad gadis berkenaan menyebabkan dia menjerit lantang bagi menzahirkan ketakutan yang teramat.

Terkejut dengan situasi itu, Liche menulis gambaran berkenaan dengan ayat berikut:

Pohon kanibal kejam, yang tadi kelihatan tidak bergerak seolah-olah mati, tiba-tiba menjadi hidup dan mengganas. Sesungutnya yang halus dan kemerahan merayap seumpama ular yang lapar di kepala gadis berkenaan. Kemudian, seolah-olah tumbuhan itu mampu berfikir dengan bijak, ia mula membelit kuat tangan dan leher gadis itu. Jeritan ketakutan gadis itu disambut satu bunyian pelik seolah-olah ketawa kejam daripada tumbuhan itu.

Sesungut tumbuhan itu - satu demi satu yang kelihatannya seperti ular hijau - dengan tenaga yang kuat dan kelajuan yang dahsyat, menjalar sehingga membalut tubuh gadis itu dengan ketat dan kejam seperti ular anakonda yang membelit mangsanya.

Sebaik sahaja kisah menyeramkan itu dipaparkan didalam akhbar, tanda tanya segera tercetus di kalangan ramai pihak berhubung kewujudan tumbuhan aneh yang diceritakan itu.Lebih membingungkan adalah kisah berhubung tumbuhan misteri yang memakan manusia tidak tertera menerusi kisah berkenaan saja tetapi turut didapati dalam pelbagai kisah legenda di beberapa negara lain antaranya di Amerika Syarikat dan Mexico.

1924

Beberapa tahun kemudian iaitu pada 1924, bekas Gabenor Michigan, Chase Osborn, dalam buku tulisannya bertajuk ‘Madagascar, Negeri Pohon Yang Memakan Manusia’ mengesahkan kewujudan tumbuhan karnivor berkenaan malah menyatakan bahawa puak Mkodo serta mubaligh yang pernah melawat wilayah itu mengetahui akan wujudnya pohon aneh itu.

Beberapa kenyataan pengesahan itu semakin membingungkan ramai pihak. Fakta yang diketahui ramai adalah tumbuhan tidak mampu bergerak secara bebas dengan sendirinya, apatah lagi untuk memakan dan menelan hidupan lain.

Setelah heboh mengenai kisah tumbuhan aneh itu , satu pencarian yang memakan masa bertahun-tahun dijalankan.Penemuan mengejutkan itu menyebabkan penyelidik biologi terkemuka, Charles Darwin menghabiskan masa selama 15 tahun untuk mengkaji tumbuhan berkenaan yang kemudian dikenali dengan nama saintifik ‘insectivores’.

Kajian mendapati, tidak seperti tumbuhan lain yang memperoleh ‘makanan’ mereka dengan menyerap mineral daripada tanah, tumbuhan karnivor memerangkap haiwan serta serangga dan memakan mereka bagi mendapatkan nutrien.Tumbuhan jenis ini dapat bergerak dengan sendirinya dan menggunakan pelbagai kaedah untuk memerangkap mangsa mereka.Tumbuhan itu dikenali sebagai ‘venus flytrap’ atau nama saintifiknya ‘Dionaea muscipula’ dan juga ‘nepenthes’ yang banyak tumbuh di Asia Tenggara dan memerangkap serangga, katak dan haiwan sebesar tikus untuk dimakan.Namun , pencarian itu tidak menemui sedikitpun bukti tumbuhan karnivor yang mampu memakan manusia.

Tanpa penemuan memberangsangkan, penyelidik termasuk penulis sains, Willy Ley, berpendapat bahawa kisah Carl Liche seperti tertera dalam akhbar South Australian Register itu hanyalah rekaan semata-mata.Tiada pohon yang memakan manusia di Madagascar, tiada puak Mkodo ditemui di situ malah pengembara Jerman bernama Carl Liche juga didapati tidak pernah wujud di dunia ini.