Isnin, 22 Disember 2008

Yahoooooo Esok bercuti.......



Wahhhhhhh, esok bermulalah sia bercuti sehingga 03hb januari 2009.......sepanjang sia bercuti macam-macam aktiviti yang telah sia rancangkan tuk mengisi masa-masa yang terluang semasa bercuti nanti. pelbagai aktiviti yang kami rancang tuk dilakukan seperti perjumpaan dgn member-member lama sekolah, memancing, bermain futsal setiap hujung minggu dan macam-macam lagi. best ye dapat bercuti di hujung-hujung tahun ni.........

Rabu, 10 Disember 2008

Luahan hati.......


Terima kasih kerna telah menemaniku walaupun hanya sesaat, tapi bagiku sangat bererti. Maafkan jika kebahagiaan yang kuminta adalah teman sepanjang hidupku. Seharusnya aku mengerti bahawa keberadaanku bukanlah disisimu, hanyalah lamunan dalam sesal. Untuk kekasih yang tak kan pernah kumiliki buat selamanya.

Selasa, 9 Disember 2008

Just For You…

Sekian lama aku mencari,
Sebuah cinta yang ikhlas dan suci,
Apabila cinta itu ditemui,
Ia hanya menambah pilu dihati

Aku sayangkanmu,
Aku rindukanmu,
Berkorban demi kebahagiaanmu,
Walaupun ia akan menyakiti hatiku

Aku pasrah dan redha,
Kerana mungkin itu ujianNYA untukku
Hatiku sedih,pilu tidak terhingga
Namun tiada siapa yang tahu.

Hati ini sanggup berpisah denganmu,
Walaupun ku tahu bukan mudah untuk melupakanmu,
Hanya itu yng terlintas difikiranku,
Maafkanlah aku wahai sayangku…..

Sebelum ku undurkan diri
Hanya satu permintaanku,
semasa ketiadaan ku nanti,
Hargailah perhubungan baru mu itu..

andai cinta…….

tercium harum wangi bunga
kala mentari sinari tiap kelopaknya
uraikan sentuhan-sentuhan magis
bawa terbang imajinasi
bersama keindahan yang tercipta
ketika ada cinta…

cinta merupakan..
suatu bentuk yang terbelah dua
diatas kemurnian hati
dan kebimbangan kodrati

cinta diandaikan…
oleh tumbuhnya keinginan yang ada
dimana manusia terperosok didalamnya
untuk menikmatinya
atau bahkan membunuhnya

cinta ibarat sebuah mata pisau
suatu saat dia akan bergerak
untuk membunuh musuh-musuh kita
dan disaat lain
dia akan bergerak untuk melukai
jemari-jemari batin kita…

cinta menyerupai riak-riak sungai
yang indah dan biaskan cahaya
ciptakan kemilau-kemilau dalam jiwa
tapi dapat merupakan sebuah jebakan
yang manakala tiba saatnya
akan hisap tubuhmu dan hancurkan batinmu
bersama riak-riaknya

cinta hanyalah sebuah mata
manakala ada bahagia
mata itu akan pancarkan sinar sukanya..
dan ajak bibir untuk tersenyum
namun ketika ada kesedihan

mata itu akan meredup…

terbakar oleh rasa marah dan tangis
yang gerogoti seluruh lekuk asa
untuk larut dalam kemuraman

cinta hanyalah dua jiwa
yang tercipta dalam dua ungkapan
sedih dan bahagia…

I’m For You……



My heart is sad and lonely, for you I sigh, for you dear only. I spend my days in longing and wondring why it’s me you’re wronging, my life a wreck you’re making you know I’m yours for just the taking. Why haven’t you seen it? I’m all for you, body and soul! I tell you I mean it, I’m all for you, body and I’d gladly surrender my self to you, body and soul! I can’t believe it, it’s hard to conceive it that you’d turn a way romance. Are you pretending, it looks like the ending unless I could have one more chance to prove dear.

Sabtu, 6 Disember 2008

Stacy Is the best and great entertainer


AF6 dah pun melabuhkan tirainya dan saya ucapkan tahniah pada kelima-lima finalis AF6 kerna telah memberikan sesuatu persaingan yang cukup sengit dan cukup menghiburkan………Sekalung Tahniah buat anak jati sabah iaitu Stacy atau nama sebenarnya ialah Stracie Angie Anam kerna berjaya menjadi Juara AF6 ni dan tak sia-sia pengorbanan pengundi2 yang telah mengundi stacy sehingga stacy muncul Juara AF6 dan adalah wanita ke-2 yang menjadi Juara………Suaranya yang merdu dan sedap didengar serta sentiasa memberi persembahan yang cukup baik, menghiburkan dan bersungguh2 memang tak dapat disangkal lagi sehinggakan stacy diangkat untuk menjadi Juara AF6 yang baru……….Saya juga merupakan salah seorang peminat setia stacy…….Saya sentiasa mendoakan dan memberi dorongan serta sokongan buat stacy semoga stacy akan sentiasa berjaya dalam kariernya…….

TAHNIAH BUAT STACY……..

Khas buat Stacy:-
"Once staCy fOreveR staCy..wiTh staCy…wE wiLL
sTay and sEE..untiL thE enD of time"