Sekian lama aku mencari,
Sebuah cinta yang ikhlas dan suci,
Apabila cinta itu ditemui,
Ia hanya menambah pilu dihati
Aku sayangkanmu,
Aku rindukanmu,
Berkorban demi kebahagiaanmu,
Walaupun ia akan menyakiti hatiku
Aku pasrah dan redha,
Kerana mungkin itu ujianNYA untukku
Hatiku sedih,pilu tidak terhingga
Namun tiada siapa yang tahu.
Hati ini sanggup berpisah denganmu,
Walaupun ku tahu bukan mudah untuk melupakanmu,
Hanya itu yng terlintas difikiranku,
Maafkanlah aku wahai sayangku…..
Hanya satu permintaanku,
semasa ketiadaan ku nanti,
Hargailah perhubungan baru mu itu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan